Sunday, March 6, 2011

3 perkara sukar dilakukan

Juz nak share dengan sume orang...

3 perkara sukar dilakukan tetapi jika dapat akan bahagia dan sihat dan kaya selamanya.insyaALLAH!

1. Buat baik pada orang yang buat tidak baik pada kita.

2. Menjaga nama dan menyokong orang yang di kutuk atau diumpat

3. Mengaku kesilapan kita.

Mereka yang tak dapat buat ini yang selalu stress dan berpenyakit pada usia muda. Bagi orang Islam jika tidak menjaga Rukun Islam dan Rukun Iman dan tidak buat AMar MAkruf nahi mungkar hidup akan gundah gulana dan merana di dunia apatah lagi di akhirat.

Untuk mencegah materialisma, jangan kita iri hati dengan kekayaan dunia seseorang yang ingkar pada Allah dan berpihak kepada kebatilan untuk mendapat wang kerana mereka sedang di bawa kekawah neraka bila meninggalkan dunia kerana khayal dengan dunia yang amat hina di mata ALlah. JAngan susah hati jika tidak dapat beli barang beribu ringgit untuk pandangan manusia tetapi bersyukur dengan sedekah iklhlas walau 1 ringgit kepada pembantu rumah, pencuci tandas, penjual kuih dan orang miskin yang kita jumpa.

Kepada mereka yang sibuk bekerja jangan tertipu sibuk menolong orang lain tetapi menyeksa diri kita menempah tiket ke neraka dengan meninggalkan solat lima waktu. Sia sia apa amalan kita jika solat tidak cukup kerana ini soalan pertama akan ditanya di kubur nanti dan bayangkan bagaiman kita akan dipukul bertalu talu kerana tinggal solat kita.

Semua ibu bapa untuk mengelakkan menangis di masa depan jaga solat anak anak dan jaga aurat anak perempuan kita. Jika kita tidak menjaga aurat kita bagaimana anak perempuan kita akan menjaga aurat mereka kerana minda segar atau blue print mereka ialah menunjukkan kecantikan kepada orang lain untuk mendapat penghargaan manusia yang semua akan berlutut didepan Allah swt dan di hisab setiap amalan. Niatkan kita masuk facebook untuk ilmu dan silaturrahim dan berkongsi berita baik, bukan menunjukkan kemewahan dan kemegahan kita kepada orang lain .

Kepada semua orang yang kaya yang mampu membeli beg tangan hingga 10 ribu ringgit muhasabah apa kita jawab pada Allah jika disoal berapa banyak kita sedekah rezeki kita. Jika kita payan bersedekan ada Tok guru mengatakan duit tidak bersih kerana Allah tidak sudi duit kita kerana bila kita sedekah ALlah yang terima bukan hanya orang yg kita sedekahkan.

Hidup kita bererti bukan DURATION tetapi DONATION

petikan daripda Prof.Dr Muhaya.
MasyaALLAH..saya amat meminati peribadi beliau.
Sama-sama kita semua menjadi lebih baik dari hari semalam, insyaALLAH
sentiasa ada perubahan untuk menjadi baik.Ameen

No comments:

Post a Comment